22 January 2012

Apa Anda Boleh Lakukan dengan RM50,000?

Pernahkah anda terfikir untuk bersara awal? Pernahkah anda bayangkan bagaimana hidup yang anda mahukan pada 10 atau 20 tahun akan datang? Adakah anda mempunyai pelan untuk mencapainya?

Entry kali ni saya nak kongsikan bagaimana dengan mempunyai sebuah pelan yang baik, anda sebenarnya mampu untuk mencapai apa yang anda mahukan dalam hidup. Apa yang anda perlukan adalah sebuah pelan. Ya, hanya sebuah PELAN yang baik!

Jika anda bercakap tentang subjek pelaburan, pelan merupakan perkara yang paling asas. Anda TIDAK membuat pelaburan jika anda tidak mempunyai pelan, walaupun anda merasakan yang anda adalah seorang pelabur. Di dalam sesebuah pelaburan, pelan yang paling simple adalah yang paling baik, percayalah. Anda tidak perlukan sebuah pelan yang panjang dan rumit untuk berjaya. Dalam subjek pelaburan, gunakan formula KISS. keep-it-simple-&-silly.

Sesebuah pelan pula terhasil dengan adanya matlamat. Fikirkan matlamat anda. Sebagai contoh, saya mempunyai matlamat seperti berikut:

  • Bebas Hutang ( kereta, rumah, personal, dll..)
  • Freedom of Time
  • 5 Figure Passive Income
  • Hartanah (20 buah apartment)
  • 10kg Emas
  • 5 Juta Tunai
  • dan sebagainya

Jangan takut untuk mempunyai matlamat2 seperti itu. Jangan sesekali anda mengatakan "aku takkan dapat bende2 macam tu", kerana anda akan membuatkan otak anda mati. Sebaliknya, berkatalah, " bagaimana aku nak dapatkan nya?"

Kerana hanya dari perkataan 'bagaimana', anda sebenarnya telah memberi kuasa kepada otak untuk bekerja dan berfikir tentang segala jalan yang mungkin ada dan seterusnya mencari jalan penyelesaian untuk mencapai matlamat tersebut.

Berbalik kepada subjek entry ini, saya mahu kongsikan bagaimana RM50,000 dapat menjadikan anda seorang jutawan. Rahsianya, hanya dengan sebuah PELAN.

Jika anda mempunyai cash/simpanan sebanyak RM50,000 sebagai dana persaraan, dan anda mempunyai pelan untuk menambah RM5000 setiap tahun (+/-RM400 sebulan),  lihat apa yang bakal terjadi selepas 15 tahun:

Tahun
Jumlah (RM)
1
55k
2
60k
3
65k
4
70k
5
75k
6
80k
7
85k
8
90k
9
95k
10
100k
11
105k
12
110k
13
115k
14
120k
15
125k

Anda bakal mempunyai dana sebanyak RM125,000 selepas 15 tahun.




Apa pula yang akan terjadi jika anda menggunakan simpanan RM50,000 tadi untuk dilaburkan ke dalam sebuah PELAN pelaburan yang menghasilkan pulangan tetap sebanyak 20% setahun, ditambah dengan dana pelaburan sebanyak RM5000 setahun: 


Tahun
Jumlah (RM)
1
65k
2
83k
3
104.6k
4
130.5k
5
161.6k
6
198.9k
7
243.7k
8
297.5k
9
361.9k
10
439.4k
11
532.3k
12
643.7k
13
777.5k
14
937.9k
15
1.13J

Anda telah bergelar JUTAWAN selepas 15 tahun! Dana persaraan anda adalah sebanyak RM1,130,526!! Dan anda boleh menikmati hasilnya pada setiap tahun berikutnya, dengan cara mengambil hanya dividen (20%) setiap hujung tahun, tanpa menggangu dana asal (RM1.13J).

Dengan kata lain, hasil pelaburan anda setiap hujung tahun:

RM1,130,526 x 20% = RM226,105
RM226,105 / 12 = RM18,842  

Nah! Anda telah mempunyai passive income (income goyang kaki) sebanyak RM18,842 setiap bulan. Bukankah anda sudah boleh bersara pada tahap ini? Jika anda berumur 25 tahun sekarang, anda sudah boleh menikmati hidup dengan tenang pada umur 40. Tidak perlu risau tentang KWSP, had umur bersara atau sebagainya. InsyaAllah. Terpulang kepada anda, kerana jawapan ada pada diri anda sendiri. 

Apa yang saya tunjukkan disini hanyalah contoh PELAN pelaburan selama 15 tahun, dengan modal RM50,000. Anda sebenarnya bebas untuk memilih seberapa banyak modal yang anda mahu, dan selama mana anda mahu tunggu sebelum meraih hasil. Apa yang penting, kerjasama anda mempunyai sebuah PELAN!!

Ingat, yang penting adalah PELAN!! :)





17 January 2012

Compounding Interest dalam Emas


STANDARD Chartered Bank mengunjurkan harga emas bakal mencecah AS$5,000 seauns atau kira-kira AS$160 (RM503) satu gram menjelang 2020, disokong permintaan kukuh dari China dan India.  Ketua Penyelidik Global Komoditinya, Hsi Han Pin berkata ada kaitan ketara antara pendapatan isi rumah di China dan India dengan harga emas kerana sebarang peningkatan pendapatan boleh guna di dua negara pembeli emas utama dunia itu akan mendorong peningkatan permintaan bagi logam berharga berkenaan.Beliau berkata, langkah bank pusat seluruh dunia mengumpul emas bagi mempelbagaikan rizab masing-masing juga membantu melonjakkan harga logam berharga itu untuk terus kekal tinggi.“Kebimbangan terhadap krisis hutang Eropah dan pertumbuhan perlahan ekonomi Amerika Syarikat (AS) akan terus menggalakkan pelabur dan bank pusat membeli emas,” katanya pada siri taklimat penyelidikan global 2012 di Kuala Lumpur semalam. 
Hsi menambah, harga emas juga akan disokong persekitaran kadar faedah sebenar yang negatif apabila banyak bank pusat dijangkakan menurunkan kadar faedah atau mengekalkannya pada paras terendah untuk menyokong pertumbuhan ekonomi negara masing-masing. 
Sumber: Berita Harian 

Amacam? Dah sedia nak hadapi harga ni?? Jom try buat calculation.

Menjelang 2020, harga spot emas di pasaran global dijangka mencecah USD5000/Oz, berbanding harga spot sekarang yang berada pada tahap kira2 USD1700/Oz.

2020 - 2012 = 8 tahun

[(5000 - 1700)/1700] x 100% = 194%

Purata jangkaan kenaikan emas setahun = 194/8 = 24%!!

Ini bermakna, jika anda membuat pelaburan ke atas komoditi emas sebanyak 1 auns pada tahun ini, anda bakal mendapat hasil melalui capital gain sebanyak 24%, iaitu kira2 USD408/Oz (+/-RM1305) setahun.


Itu jika anda mengambil dividen (kenaikan) setiap tahun sebanyak 24% setahun. Jika anda menggunakan konsep compounding interest, iaitu dengan tidak mengambil dividen tersebut, dan biarkan saja ia dilaburkan semula, mari lihat pengiraannya:



Tahun 2013 = USD 2108/Oz
Tahun 2014 = USD 2614/Oz
Tahun 2015 = USD 3241/Oz
Tahun 2016 = USD 4019/Oz
Tahun 2017 = USD 4983/Oz
Tahun 2018 = USD 6179/Oz
Tahun 2019 = USD 7663/Oz
Tahun 2020 = USD 9500/Oz


modal asal pada tahun 2012 = 1 auns = USD1700/Oz,

Untung anda = 9500 - 1700 = USD 7800 selama 8 tahun, atau dengan erti kata lain, USD975 (+/-RM3120) setahun!! Inilah rahsia compounding interest!

Anda bebas memilih cara pelaburan mengikut keselesaan anda. Inilah yang membuatkan saya suka dengan emas. Kuasa capital gain and positive cashflow kedua2nya berada di dalam tangan!!





Hasil Loan ASB

Salam.. Kali ni nak share pasal hasil dari plan pelaburan melalui loan ASB. Bulan April 2011, aku telah merangka sebuah plan pelaburan, tujuan nya adalah supaya aku dapat pakai kereta secara free, ye FREE!! hehe..

Plan ni start lepas aku lepak kat kiosk Easy RHB di Tesco Klang. Staff kat situ  tunjukkan satu pamplet pasal promosi yang menawarkan pembiayaan bagi sesiapa yang berminat untuk melabur dalam ASB. 



Lepas duduk 10 minit kat situ, die bagitau yang aku layak untuk buat loan up to RM160,000. Then terus balik rumah buat calculation..


Pengiraan kasar untuk setahun:

Loan RM160,000 = RM750 monthly payment (lepas tambah insurans)

RM750 x 12 bulan = RM9000 (payment loan untuk setahun)

Dividen purata setahun = 8% x RM160,000 = RM12,800

Untung setahun RM12,800 - RM9000 = RM3800

RM3800/12 bulan = RM315 = cukup untuk bayar kereta tiap2 bulan!! (kereta kecik RM280 je sebulan. hehe..)



Esoknya terus datang balik dan dengan rela hati m'apply loan ASB sebanyak RM160,000. 



Baru2 ni PNB umumkan dividen ASB 7.65% dan bonus 1.15%.




Pengiraan:

Simpanan ASB bermula dari May 2011 - Dec 2011 = 8 bulan.


= Dividen 7.65% + Bonus 1.15%
= [(8/12) x 0.0765 x 160000] + [(8/120) x 0.0115 x 160000]
= RM8160 + RM122.60
= RM8282.60




Alhamdulillah... :)

Wang sebanyak itu cukup untuk rolling semula bayaran loan ASB beserta bayaran kereta aku selama 8 bulan pada tahun 2012 ni. Jadi, ada 4 bulan saja lagi yang perlu aku bayar menggunakan duit income.

I'Allah jika aku terus berdisiplin dengan teknik ini, masuk je bulan May nanti,  dah boleh pakai kereta FREE!! cukup hujung tahun, dividen ASB masuk lagi, dan aku hanya perlu ulang balik teknik ni sampai la kereta aku habis bayar pada tahun ke-5.


hmm..patut ke angkat kete satu lagi?? haha.. :D


p/s: lepas tahun ke-5 aku akan terminate loan ASB ni, sebab mase tu rate dah naik, rujuk jadual kat atas (lock in period hanya 3 tahun). yang penting matlamat nak pakai kereta free dah tercapai! heheh.. ;)

Backup Duit Anda dengan Emas

Salam.. dah setahun tak update blog. Huahuaa.. Pengalaman kerja memang memenatkan. And now i'm on my way to move into the right side of the Quadrant! :D

Malam ni nak cite sikit pasal teknik mem'backup' duit kite dengan emas. Teknik ini sengat berkesan dan sesuai digunakan jika anda ingin membeli sesuatu gadjet or toys yang mahal2 secara cash. hehe.. Teknik ni telah pun dipraktikkan oleh saya sendiri untuk membeli iPad pada tahun lepas. Dan terbukti ia memang menguntungkan!

Ingat lagi waktu tu bulan February 2011, gaji dapat up sikit hasil OT and outstation giler (JB-Kuching-KK-Penang) dalam masa seminggu. Padan muke bos, kaw2 buat claim. heheh.. ;) Hasilnye, gaji bulan tu dapat double. Pendek cite ade duit lebih dalam RM2300, dan nafsu mula menjadi2 nak beli gadjet best2! Usya punye usya, hati terpikat nak beli iPad. iPad 16GB 3G mase tu harga dalam RM1600.

Dengan bermodalkan RM2300 cash ditangan, saya tidak membeli iPad tersebut secara direct. Apa yang saya lakukan, saya tukarkan dahulu cash tersebut kepada emas yang sama nilainya. Saya membeli Kijang Emas 1/2 Oz yang pada waktu itu berharga RM2261. 



Kemudian, saya bawa Kijang Emas tersebut ke Agro Bank untuk di ar-rahnu kan bagi mendapatkan cash.

Pengiraan:

Berat Kijang Emas 1/2 Oz = 15.55g 

15.55g x RM165/g = RM2566 (Nilai Marhun)

dan saya mendapat 70% pinjaman tunai dari nilai emas tersebut, iaitu:

70% x RM2566 = RM1795 (pinjaman ar-rahnu)

Wang RM1795 tersebut saya gunakan untuk membeli iPad yang berharga RM1600 secara cash, dan bakinya saya bayar advance untuk upah simpan selama 12bulan. yang best nye dengan teknik ni, iPad baru dapat, Kijang Emas juga masih milik saya!

Pada bulan September tahun lalu, harga Kijang Emas 1/2 Oz telah meningkat kepada RM3047. Peningkatan sebanyak 34.8% selama 7 bulan. (believe it or not!)


Dengan anggapan nilai emas akan naik secara purata sebanyak 25% setahun, harga Kijang Emas saya adalah seperti berikut:

Tahun 2012 - RM 2800
Tahun 2013 - RM 3500
Tahun 2014 - RM 4375
Tahun 2015 - RM 5470

Jika saya menjual Kijang Emas tersebut selepas tahun ke-2 iaitu pada tahun 2013, saya akan mendapat tunai sebanyak RM 3500!! 

Pengiraan:

RM3500 - (pinjaman ar-rahnu + upah simpan 2 tahun)
Perkiraan upah simpan: (RM2566/100) x 0.65 x 12bulan = RM200 setahun.

RM3500 - (RM1795 + RM400) = RM1305!!

Bermakna, dengan hanya bermodalkan RM2300, dan selepas membayar RM1600 untuk iPad,saya masih mempunyai baki cash ditangan sebanyak RM1305. Atau dengan erti kata lain, saya membeli iPad hanya pada harga RM995 sahaja!!

Apa terjadi jika saya lanjutkan lagi tempoh gadaian selama setahun, dan jual Kijang Emas tersebut pada tahun ke-3 iaitu pada tahun 2014??

Pengiraan:

Tunai hasil jualan = RM4375

RM4375 - (pinjaman ar-rahnu + upah simpan 3 tahun)

RM4375 - (RM1795 + RM600) = RM1980!!!

Bermakna, dengan hanya bermodalkan RM2300, dan selepas membayar RM1600 untuk iPad,saya masih mempunyai baki cash ditangan sebanyak RM1980. Atau dengan erti kata lain, saya sebenarnya telah membeli iPad hanya pada harga RM320 sahaja!! Menarik bukan?? hehee.. ini lah ajaib nya emas. Dan jika saya jual Kijang Emas tersebut pada tahun kelima, seolah-olah saya membeli iPad itu secara FREE, siap kedai tu pulak yang bagi duit cash! hehe.. :D

Teknik ini juga boleh diaplikasikan untuk tujuan membayar sesuatu pada harga yang mahal secara cash (+/- RM10,000) seperti bayar downpayment kereta, membeli motosikal, bayar loan PTPTN, beli smartphone, laptop dan sebagainya. 

Ingat, backup kan dulu cash ditangan dengan emas, sebelum anda membelanjakannya. Hubungi saya untuk memiliki emas anda sekarang!