24 November 2010

Tukar Duit Simpanan kepada Emas : Part 2 - Nilai wang kertas Vs Emas

Untuk bahagian kedua, saya akan banding kan wang kertas dengan emas dari beberapa aspek..

Point 2: Wang kertas hanyalah 'Legal Tender', Emas adalah Wang yang sebenar

Secara ringkas, melalui Legal Tender, rakyat sesebuah negara dikehendaki menerima sistem wang kertas sebagai medium pertukaran dan jual beli. Kebiasaan nye dalam sesebuah negara, Legal Tender adalah duit kertas dan duit syiling..


Maklumat lanjut pasal Legal Tender kat sini (klik sini)

Wang Kertas

Persoalan nye: Sedar tak yang sebenarnye, wang kertas langsung tiada nilai?? Ia hanyalah sekeping kertas yang ditulis nombor di atas nye. Tapi, kenape kertas tu boleh ditukar kan kepada sesuatu yang bernilai seperti makanan..pakaian..atau pun barang2 keperluan?? Inilah kesan daripada Legal Tender.. rakyat sesebuah negara dipaksa untuk menerima wang kertas itu sebagai laku walaupun sebenar nye ia tiada nilai..


Legal Tender = Monopoly Money

Sekarang saya nak tanya: Sekiranya kerajaan yang memerintah jatuh dan tidak lagi berkuasa, apa akan jadi dengan wang kertas tadi??

Jawapan nye: Wang kertas akan kembali kepada sifat asal.. ia akan menjadi tiada nilai dan tak laku dah..ini lah yang terjadi semasa Kerajaan Iraq diserang oleh pengganas.. Apabila Kerajaan Iraq jatuh, maka wang kertas nye sudah menjadi tidak bernilai lagi.. kat mane2 pun matawang Iraq tidak diterima..Ia hanya lah sekeping kertas yang tertulis nombor2..dah tak laku.

Begitu juga dengan Kerajaan Vietnam Selatan. Selepas berlaku Perang Vietnam (1955 - 1975), duit kertas negara itu jadi langsung tidak bernilai lagi..

Jadi anda dapat lihat sekarang, sebenar nye wang kertas ni, die tidak disandarkan kepada sesuatu yang bernilai pun.. Dengan kata lain, wang kertas itu sendiri sebenarnye langsung tiada nilai..ia bukan lah wang yang sebenar.

Wang kertas jadi bernilai hanya kerana ada nye kerajaan yang menyokong dan meluluskan Legal Tender tu..dan lemah nye sistem wang kertas ni, die hanya terhad kepas sesuatu zaman dan spesifik untuk sesuatu tempat sahaja..


Emas

Lain pulak hal nye dengan emas. Emas secara semula jadi, telah diiktiraf oleh seluruh umat manusia, dari zaman manusia mula2 mengenali emas hingga sekarang, sebagai sesuatu objek yang berharga dan terkandung di dalam nye nilai yang tersendiri.Ini lah wang yang sebenar..Nilai nya tiada had masa atau pun had tempat..Ia tidak perlu disokong oleh sesiapa pun, manusia tetap akan menilai emas sebagai sesuatu yang berharga..

Kalau nak tau, sejak 2600 tahun dulu pun, manusia dah mula iktiraf emas sebagai wang..Kerajaan Lydia (sekarang Turki) dah mula guna emas sebagai matawang..



Kalau diberi pilihan: Duit kertas 2600 tahun dulu atau syiling emas 2600 tahun dulu, mane satu yang kite nak?? hehe..

Saya nak tambah sikit kat sini, Emas bukan sekadar matawang yang sebenar, ia juga adalah matawang Sunnah. Matawang yang diguna pakai oleh Rasulullah..


Antara ciri2 wang Sunnah (wang yang sebenar):
  1. ia adalah logam yang bernilai
  2. ia mempunyai nilai yang terkandung di dalam bahan asal nya
  3. ia bertempat dalam bahan ciptaan Allah dengan nilai nya ditentukan sendiri oleh Allah S.W.T. yang merupakan pencipta segala kekayaan
(sumber: Dinar Emas dan Dirham Perak : Islam dan Masa Depan Wang)


Jelas kan?? emas ni memang ade Nilai Intrinsik (intrinsic value) yang tersendiri. Jika sekeping emas terbelah 2 pun, ia masih bernilai.. jika kene potong kecik2 pun, masih bernilai..malah jika jadi debu sekali pun, emas tetap bernilai.. inilah yang dikatakan emas mempunyai nilai yang terkandung di dalam nya.


Emas jadi debu pun, masih tetap bernilai!


Cuba kalau kite potong duit kertas RM100 kecik2.. agak2 bernilai lagi tak kertas tu?? bagi pengemis pun die taknak..hehe.. :D  Jadi nampak tak sekarang?? Wang kertas langsung tidak mempunyai Nilai Intrinsik.. dengan kate lain, nilai intrinsik bagi wang kertas adalah kosong... (0) tiada nilai.. huhu..

Adakah emas akan bernilai untuk selama-lama nya??

Sudah tentu!! Emas langsung tidak terhad kepada sesuatu tempat atau zaman.. Ia akan terus bernilai sehingga ke akhir hayat kite, bukan saje di dunia tapi sampai akhirat pun ia tetap bernilai.. malah sampai ke syurga..



Sesungguhnya Allah memasukkan orang-orang beriman dan mengerjakan amal yang soleh ke dalam syurga-syurga yang di bawahnya mengalir sungai-sungai. Di syurga itu mereka diberi perhiasan dengan gelang-gelang dari emas dan mutiara, dan pakaian mereka adalah sutera.
Al – Hajj : Ayat 23




Jadi sekarang jom kite same2 fikir semula baik2... mane satu adalah wang yang sebenar...??  Duit kertas atau pun Emas??



2 comments:

  1. sekadar perkongsian bersama: di dalam Al-Quran cuma ada 8 sahaja perkataan emas dan 6 perkataan perak.perkataan emas dalam bahasa Arab dinamakan dzahab manakala perak pula ialah fidhah.
    Berikut adalah senarai surah dan ayat yang mempunyai perkataan dzahab (emas) :-

    1. Ali Imran ayat 14
    2. Ali Imran ayat 91
    3. At-Taubah ayat 34
    4. Al-Kahfi ayat 31
    5. Al-Hajj ayat 23
    6. Al-Faatir ayat 33
    7. Az-Zukhruf ayat 53
    8. Az-Zukhruf ayat 71

    Dan berikut adalah senarai surah dan ayat yang mempunyai perkataan fidhah(perak) :-

    1. Ali Imran ayat 14
    2. At-Taubah ayat 34
    3. Az-Zukhruf ayat 33
    4. Al-Insaan ayat 15
    5. Al-Insaan ayat 16
    6. Al-Insaan ayat 21

    nnt blh lah sahabat2 cek dlm AQ surah2
    kat atas ni yg berkaitan emas n perak..

    ReplyDelete
  2. sbg org yg nak berjaya dlm perniagaan emas ni,kita memang kena selalu jenguk2 ayat Al-Quran @hadith Nabi…ini sbg panduan kita supaya tak terlanjur dlm apa yg kita buat…hehehe ^_^

    ReplyDelete