14 January 2011

Prof Dr Umar Ibrahim Vadillo, Pengarah Bahagian Public Fine Gold






Siapakah beliau?



Umar Ibrahim Vadillo merupakan individu yang melihat penggunaan dinar emas sebagai jalan penyelesaian kepada krisis ekonomi dunia. Beliau telah berusaha keras untuk mencipta iklim ekonomi yang bersandarkan dinar emas yang sepatutnya menjadi mata wang umat Islam. Malah, beliau juga yang telah melobi Tun Mahathir selepas negara di landa krisis mata wang pada tahun 1997 untuk bertukar kepada penggunaan dinar emas. Hujahnya, mata wang dinar emas bukan sahaja mampu dijadikan sebagai kaedah utama pembayaran berikutan terdapat lebih daripada satu bilion umat Islam di dunia ini malah kedudukan ekonomi sesebuah negara akan lebih terjamin kerana dinar emas merupakan komoditi yang mempunyai harga yang stabil.

Pada tanggal 18 Ogos 1991, beliau dengan lantang telah mengeluarkan fatwa bahawa wang kertas adalah haram. Fatwa berkenaan merumuskan bahawa wang kertas adalah satu bentuk hutang (janji yang dibayar oleh pihak yang mengeluarkannya) dan oleh itu tidak boleh digunakan sebagai alat pembayaran. Ini bertepatan dengan takrifan daripada Imam Malik r.a. yang mentakrifkan wang sebagai “sebarang komodititi yang diterima umum digunakan sebagai alat pertukaran”. Oleh yang demikian, manusia mempunyai kebebasan untuk memilih sebarang komoditi yang bernilai sebagai mata wang dan bukan mata wang yang dipaksa nilai ke atasnya. 

Menyelusuri sejarah, dinar emas telah menjadi piawai bagi mata wang dunia, selama beribu-ribu tahun, sehinggalah ia diganti kepada wang kertas dolar hanya pada awal tahun 1970-an. 



Dinar berasal dari perkataan bahasa Latin Denarius iaitu matawang yang digunakan oleh Kerajaan Rom yang diperbuat dari logam perak. Ianya digunakan pada tahun 211 sebelum masihi di mana 1 denarius perak beratnya kira - kira 4.5 gram. 


Dari perkataan Denarius ini, wujudlah pelbagai matawang yang lain seperti Denier (mata wang perak Perancis), Denaro (mata wang perak Itali), Dinar (mata wang emas Islam), Dinero (mata wang perak Sepanyol) dan Dinheiro (mata wang perak Portugis). 

Pada penghujung zaman Republik Roman, mata wang Denarius dari logam emas mula digunakan dengan dikenali sebagai Denarius Aureus yang bermaksud Denarius Emas. Semenjak dari itu, perkembangan mata wang emas telah berubah mengikut peredaran zaman di mana semasa pemerintahan Constantine The Great (306 – 377 Tahun Masihi) mata wang emas lama telah ditukar dengan mata wang yang lebih ringan yang dikenali sebagai Solidus yang beratnya 4.5 gram. 

Mata wang emas Solidus ini telah digunakan sehingga berakhirnya zaman Empayar Byzantium dan telah tersebar penggunaannya ke seluruh Semenanjung Tanah Arab sehinggalah ke zaman awal Islam. Dari zaman bermula berkembangnya agama Islam, penggunaan mata wang dinar emas dan dirham perak dari Parsi telah digunakan menjadi mata wang bagi setiap ummah ketika itu dalam urusan jual beli.

Hanya pada zaman pemerintahan Khalifah yang ke-3 iaitu Khalifah Saiyidina Ummar al-Khattab (13 – 23 hijrah / 633 – 644 masihi), penggunaan mata wang dinar dan dirham mula dikawal dari segi corak dan berat. Di bawah pemerintahan Khalifah Ummar, corak mata wang Islam telah diukir dengan nama Allah s.w.t. dan sebahagian dari ayat-ayat suci al-Quran. Berat mata wang Islam ini juga telah ditetapkan iaitu mata wang dinar mestilah mengandungi emas seberat 1 mithqal (iaitu seberat 4.25 gram ukuran pada masa kini). Manakala bagi mata wang dirham pula, beratnya adalah sebanyak 2.975 gram perak (ukuran pada masa kini) di mana jika nilai tukarannya dengan dinar ialah 7 dinar emas bersamaan dengan 10 dirham perak. 



Kepentingan dinar emas jelas dicatat dalam buku Ibn Khaldun yang bertajuk “al-Muqaddimah.” Di dalam buku tersebut, mencatatkan akan wahyu Allah s.w.t. memasukkan dinar serta dirham dan ini telah membawa bersamanya banyak kaitan dalam hukum seperti zakat, perkahwinan dan hudud. Sebab itu di dalam wahyu Allah s.w.t. dengan jelas telah menyatakan akan ukuran yang tetap mengenai zakat dan sebagainya dengan menggunakan dinar dan dirham tidak dengan yang lain. 


Islam mementingkan keredaan Allah s.w.t. dalam setiap pelakuan dan pekerjaan yang dilakukan kerana keredaan Allah s.w.t. akan memberikan kesejahteraan kepada kehidupan dunia dan akhirat. Idea mengembalikan dinar emas bukan suatu perkara kecil kerana ia secara langsung atau tidak, turut melibatkan soal sistem sosial, ekonomi, politik, dan, keberkatan dari-Nya. 

Malah, kelemahan umat Islam sedunia mula ketara apabila berakhirnya penggunaan dinar emas. Menurut sejarah, pemerintahan Islam di bawah Khalifah Uthmaniyah di Istanbul, Turki telah dihelah dengan kemajuan dan pembangunan. Pinjaman wang kertas daripada Eropah untuk membangunkan Turki telah menjadikan negara tersebut berhutang dan melalui sistem wang kertas bersama riba telah melemahkan pemerintahan Khalifah. 



Riba sangat dibenci Allah s.w.t dan Rasulullah s.a.w. Ini diterangkan dalam al-Quran yang bermaksud: “Maka jika kamu tidak mengerjakan (meninggalkan sisa riba) maka ketahuilah bahawa Allah dan Rasul-Nya akan memerangi kamu. Dan jika kamu bertaubat (dari pengambilan riba), maka bagimu pokok hartamu, kamu tidak menganiaya dan tidak (pula) dianiaya,” (al Baqarah:279).


Memang tidak dapat dinafikan, sistem wang dunia berasaskan wang kertas dan berlandaskan riba ini telah telah membawa kepada banyak kerosakan seperti kemiskinan, kerosakan alam sekitar, monopoli pengeluaran dan pengedaran. Sistem ini juga menimbulkan berbagai masalah seperti pengangguran, jenayah, maksiat dan kejatuhan moral. Sistem ini yang dikendalikan oleh institusi perbankan, sistem demokrasi dan ahli politik yang tidak bertanggungjawab telah memberi sumbangan kepada kesengsaraan masyarakat dunia.

Ibnu Abbas r.a. dari Ishaq Ibn Basheer dan Ibn Asakir di Kanz al-Ummal mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda, yang bermaksud: “Orang yang pertama mengikuti Dajjal adalah 70,000 orang Yahudi...dan antara tanda pelepasan Dajjal adalah amalan riba.” 


Kini, dinar emas telah kembali dan ramai umat Islam dan bukan Islam dari seluruh dunia menyeru supaya dinar emas ini dikembalikan. Ditengah-tengah kekalutan ekonomi yang melanda kini, kilauan dinar emas dilihat dapat mengembalikan sistem kewangan yang lebih munasabah dan mantap. Ramai yang telah sedar akan tipu helah sistem kewangan yang ada dan masyarakat dunia sudah mula meminta supaya mengembalikan kebebasan untuk memilih. Sekiranya demokrasi dilaungkan di seluruh dunia supaya diamalkan dalam semua perkara, mengapa tidak kebebasan diberikan untuk memilih dinar sebagai wang? 

12 January 2011

Seminar Peluang Perniagaan Emas Public Gold Januari 2011

Salam semua.. Harap semua sihat2.. :)

Sedikit pengumuman..

Public Gold akan mengadakan satu seminar tentang Peluang Perniagaan dan Pelaburan Emas. Seminar ini adalah FREE, tak yah bayar pun..cuma kene datang awal la sebab konfem seat akan penuh..dapat belajar ilmu emas free..memang la ramai yang suke! hehe.. :D

Maklumat lanjut boleh tengok kat bawah:


Tajuk
Seminar Peluang Perniagaan Emas Public Gold
Tarikh
22 Januari 2011, Hari Sabtu
Masa
Ada 2 sessi. Pilih salah satu sahaja.
·         12.00 t/hari – 2.00 ptg
·         8.30 mlm – 10.30 mlm 
Tempat
Office Public Gold cawangan Bandar Sunway
Speaker
En. Syukor Hasyim, admin Jutawanemas.com
Yuran masuk
PERCUMA


So, kepada pembaca blog ini yang minat nak tahu rahsia pelaburan + perniagaan emas, saya rekemen sangat untuk datang ke seminar ni. Dalam seminar ni nanti, En. Syukor akan menjelaskan secara mendalam sebab2 kenapa semua orang kene simpan emas.. Biase nye die akan fokus kepada educational knowledge, jadi semua yang datang akan jadi celik emas. Selepas celik emas, baru la boleh belajar camne nak buat duit dengan emas! :D

kalau nak tengok gambar2 time seminar yang lepas2, kilik sini link















So ape lagi, kalau minat terus datang je ok. Boleh sms/call saye dulu bagitau, i'Allah saya boleh reserve kan seat.hehe.. :D

Ok jumpe kat sana!! :)


04 January 2011

Harga Emas Akan Terus Meningkat Pada 6-9 Bulan Akan Datang

Goldman Sachs Group Inc. meramalkan ekonomi Amerika akan bertambah tenat pada 6-9 bulan yang akan datang.


Ketua Analisis Jan Hatzius berkata,
"Kami melihat fenomena ini dlm 2 keadaan,
Fenomena pertama ialah kadar pertumbuhan ekonomi di U.S sehingga pertengahan tahun 2011 hanya sekitar 1.5% - 2% sahaja, manakala kadar pengangguran meningkat secara sederhana tetapi bakal mencecah sehingga 10%.

Fenomena kedua dan yang terburuk sekali ialah ekonomi amerika bakal mengalami kemelesetan yang teruk"

Apa Interpretasi yang dapat kita simpulkan daripada kenyataan di atas?
1- Kadar pertumbuhan ekonomi yang perlahan dan kadar pengangguran yang meningkat menunjukkan bahawa ekonomi sesebuah negara sedang mengalami kemelesetan ekonomi.
2- Kemelesetan ekonomi pula bakal menyebabkan para pelabur saham menjual kesemua saham dan beralih kepada komoditi emas.
3- Kemelesetan juga menimbulkan kebimbangan kepada para pengguna tentang peningkatan inflasi. Bagi melindungi penyusutan nilai wang simpanan mereka akibat inflasi, mereka akan berebut2 utk membeli emas dan sekaligus melonjakkan permintaan ke atas komoditi ini.
4- Permintaan yang tinggi, akan menyebabkan kenaikan harga emas yang lebih tinggi.
5- Berita seperti di atas juga bakal mempengaruhi sentimen pasaran emas, dan membuatkan para pengguna di seluruh dunia mengambil kesempatan diatas kemelesetan di U.S untuk membeli komoditi emas bagi meraih keuntungan pelaburan jangkamasa sederhana dan panjang.






Kesimpulan ?
Belilah emas sebanyak-banyak nya, dan jangan simpan duit tunai dah.. Jika anda merasakan harga komoditi ini sudah cukup tinggi, dan takkan naik2 lagi dah, maka jangan la beli emas, simpanlah wang anda dan lihatlah saja harga emas yang semakin hari semakin meninggi.



Tetapi jika anda ingin menjadi seorang yang bijak dan keluar dari pemikiran yang konservatif, hubungi saye sekarang untuk melindungi nilai harta dan simpanan anda !!!