17 January 2012

Compounding Interest dalam Emas


STANDARD Chartered Bank mengunjurkan harga emas bakal mencecah AS$5,000 seauns atau kira-kira AS$160 (RM503) satu gram menjelang 2020, disokong permintaan kukuh dari China dan India.  Ketua Penyelidik Global Komoditinya, Hsi Han Pin berkata ada kaitan ketara antara pendapatan isi rumah di China dan India dengan harga emas kerana sebarang peningkatan pendapatan boleh guna di dua negara pembeli emas utama dunia itu akan mendorong peningkatan permintaan bagi logam berharga berkenaan.Beliau berkata, langkah bank pusat seluruh dunia mengumpul emas bagi mempelbagaikan rizab masing-masing juga membantu melonjakkan harga logam berharga itu untuk terus kekal tinggi.“Kebimbangan terhadap krisis hutang Eropah dan pertumbuhan perlahan ekonomi Amerika Syarikat (AS) akan terus menggalakkan pelabur dan bank pusat membeli emas,” katanya pada siri taklimat penyelidikan global 2012 di Kuala Lumpur semalam. 
Hsi menambah, harga emas juga akan disokong persekitaran kadar faedah sebenar yang negatif apabila banyak bank pusat dijangkakan menurunkan kadar faedah atau mengekalkannya pada paras terendah untuk menyokong pertumbuhan ekonomi negara masing-masing. 
Sumber: Berita Harian 

Amacam? Dah sedia nak hadapi harga ni?? Jom try buat calculation.

Menjelang 2020, harga spot emas di pasaran global dijangka mencecah USD5000/Oz, berbanding harga spot sekarang yang berada pada tahap kira2 USD1700/Oz.

2020 - 2012 = 8 tahun

[(5000 - 1700)/1700] x 100% = 194%

Purata jangkaan kenaikan emas setahun = 194/8 = 24%!!

Ini bermakna, jika anda membuat pelaburan ke atas komoditi emas sebanyak 1 auns pada tahun ini, anda bakal mendapat hasil melalui capital gain sebanyak 24%, iaitu kira2 USD408/Oz (+/-RM1305) setahun.


Itu jika anda mengambil dividen (kenaikan) setiap tahun sebanyak 24% setahun. Jika anda menggunakan konsep compounding interest, iaitu dengan tidak mengambil dividen tersebut, dan biarkan saja ia dilaburkan semula, mari lihat pengiraannya:



Tahun 2013 = USD 2108/Oz
Tahun 2014 = USD 2614/Oz
Tahun 2015 = USD 3241/Oz
Tahun 2016 = USD 4019/Oz
Tahun 2017 = USD 4983/Oz
Tahun 2018 = USD 6179/Oz
Tahun 2019 = USD 7663/Oz
Tahun 2020 = USD 9500/Oz


modal asal pada tahun 2012 = 1 auns = USD1700/Oz,

Untung anda = 9500 - 1700 = USD 7800 selama 8 tahun, atau dengan erti kata lain, USD975 (+/-RM3120) setahun!! Inilah rahsia compounding interest!

Anda bebas memilih cara pelaburan mengikut keselesaan anda. Inilah yang membuatkan saya suka dengan emas. Kuasa capital gain and positive cashflow kedua2nya berada di dalam tangan!!





No comments:

Post a Comment