17 January 2012

Backup Duit Anda dengan Emas

Salam.. dah setahun tak update blog. Huahuaa.. Pengalaman kerja memang memenatkan. And now i'm on my way to move into the right side of the Quadrant! :D

Malam ni nak cite sikit pasal teknik mem'backup' duit kite dengan emas. Teknik ini sengat berkesan dan sesuai digunakan jika anda ingin membeli sesuatu gadjet or toys yang mahal2 secara cash. hehe.. Teknik ni telah pun dipraktikkan oleh saya sendiri untuk membeli iPad pada tahun lepas. Dan terbukti ia memang menguntungkan!

Ingat lagi waktu tu bulan February 2011, gaji dapat up sikit hasil OT and outstation giler (JB-Kuching-KK-Penang) dalam masa seminggu. Padan muke bos, kaw2 buat claim. heheh.. ;) Hasilnye, gaji bulan tu dapat double. Pendek cite ade duit lebih dalam RM2300, dan nafsu mula menjadi2 nak beli gadjet best2! Usya punye usya, hati terpikat nak beli iPad. iPad 16GB 3G mase tu harga dalam RM1600.

Dengan bermodalkan RM2300 cash ditangan, saya tidak membeli iPad tersebut secara direct. Apa yang saya lakukan, saya tukarkan dahulu cash tersebut kepada emas yang sama nilainya. Saya membeli Kijang Emas 1/2 Oz yang pada waktu itu berharga RM2261. 



Kemudian, saya bawa Kijang Emas tersebut ke Agro Bank untuk di ar-rahnu kan bagi mendapatkan cash.

Pengiraan:

Berat Kijang Emas 1/2 Oz = 15.55g 

15.55g x RM165/g = RM2566 (Nilai Marhun)

dan saya mendapat 70% pinjaman tunai dari nilai emas tersebut, iaitu:

70% x RM2566 = RM1795 (pinjaman ar-rahnu)

Wang RM1795 tersebut saya gunakan untuk membeli iPad yang berharga RM1600 secara cash, dan bakinya saya bayar advance untuk upah simpan selama 12bulan. yang best nye dengan teknik ni, iPad baru dapat, Kijang Emas juga masih milik saya!

Pada bulan September tahun lalu, harga Kijang Emas 1/2 Oz telah meningkat kepada RM3047. Peningkatan sebanyak 34.8% selama 7 bulan. (believe it or not!)


Dengan anggapan nilai emas akan naik secara purata sebanyak 25% setahun, harga Kijang Emas saya adalah seperti berikut:

Tahun 2012 - RM 2800
Tahun 2013 - RM 3500
Tahun 2014 - RM 4375
Tahun 2015 - RM 5470

Jika saya menjual Kijang Emas tersebut selepas tahun ke-2 iaitu pada tahun 2013, saya akan mendapat tunai sebanyak RM 3500!! 

Pengiraan:

RM3500 - (pinjaman ar-rahnu + upah simpan 2 tahun)
Perkiraan upah simpan: (RM2566/100) x 0.65 x 12bulan = RM200 setahun.

RM3500 - (RM1795 + RM400) = RM1305!!

Bermakna, dengan hanya bermodalkan RM2300, dan selepas membayar RM1600 untuk iPad,saya masih mempunyai baki cash ditangan sebanyak RM1305. Atau dengan erti kata lain, saya membeli iPad hanya pada harga RM995 sahaja!!

Apa terjadi jika saya lanjutkan lagi tempoh gadaian selama setahun, dan jual Kijang Emas tersebut pada tahun ke-3 iaitu pada tahun 2014??

Pengiraan:

Tunai hasil jualan = RM4375

RM4375 - (pinjaman ar-rahnu + upah simpan 3 tahun)

RM4375 - (RM1795 + RM600) = RM1980!!!

Bermakna, dengan hanya bermodalkan RM2300, dan selepas membayar RM1600 untuk iPad,saya masih mempunyai baki cash ditangan sebanyak RM1980. Atau dengan erti kata lain, saya sebenarnya telah membeli iPad hanya pada harga RM320 sahaja!! Menarik bukan?? hehee.. ini lah ajaib nya emas. Dan jika saya jual Kijang Emas tersebut pada tahun kelima, seolah-olah saya membeli iPad itu secara FREE, siap kedai tu pulak yang bagi duit cash! hehe.. :D

Teknik ini juga boleh diaplikasikan untuk tujuan membayar sesuatu pada harga yang mahal secara cash (+/- RM10,000) seperti bayar downpayment kereta, membeli motosikal, bayar loan PTPTN, beli smartphone, laptop dan sebagainya. 

Ingat, backup kan dulu cash ditangan dengan emas, sebelum anda membelanjakannya. Hubungi saya untuk memiliki emas anda sekarang!

No comments:

Post a Comment