12 December 2010

Jom tengok harga emas dulu-dulu... =)

Salam.. alhamdulillah.. semoga kite semua masih sihat2...saye selesema hari ni. huhu..

Kali ni saya nak tulis sikit pasal harga emas dulu2.. Harga yang saya tunjuk ni adalah berdasar kan harga Kijang Emas (Syiling Emas rasmi kerajaan Malaysia) dari laman web Bank Negara Malaysia (BNM). Rujuk sini  (klik --> Harga Kijang Emas BNM) Kenapa rujuk harga Kijang Emas?? Sebab harga nya dalam Ringgit Malaysia..! :)

Kijang Emas Prices

Kat sini kite boleh tengok harga Kijang Emas dari tarikh 17 Julai 2001 (hari mule2 launch), sehingga tarikh hari ni. Harga yang saya akan tunjuk kan adalah harga purata untuk bulan Disember setiap tahun, supaya boleh banding kan dengan ASB - Dividen setiap hujung tahun.

Tahun
Harga Purata 1 oz
(RM)
Harga per Gram
(RM)
Peratus Kenaikan
Setahun
Disember 2001
1113.63
35.80/g

Disember 2002
1348.95
43.37/g
21.1%
Disember 2003
1644.75
52.89/g
22.0%
Disember 2004
1786.75
57.44/g
8.6%
Disember 2005
2035.70
65.46/g
14.0%
Disember 2006
2367.15
76.11/g
16.3%
Disember 2007
2837.15
91.23/g
19.9%
Disember 2008
3086.79
99.25/g
8.8%
Disember 2009
4025.33
129.43/g
30.4%
* Hari ni, 12 Disember 2010, Kijang Emas 1 oz = RM4618.00


Cube bandingkan dengan ASB





Harga emas untuk Tahun 2010 (awal tahun hingga sekarang) 

Saya rujuk harga daripada Federation of Goldsmiths And Jewellers Associations of Malaysia. Sila lihat harga untuk emas 999 (Kijang Emas = emas 999)



Harga 28 August 2010

Harga 24 September 2010

Harga 12 Oktober 2010

Harga 10 November 2010


Tahun ni 2010, harga emas 999 dah naik beberapa kali dari bulan Ogos.. yang jadi persoalan nye, harga ni akan kekal atau terus naik..Seperti yang saya bagitau pada posting yang sebelum ni, tiada satu pun bentuk pelaburan yang pernah memberi janji, bahawa setiap tahun akan dapat dividen/peratus kenaikan sekian2...

Apa yang kite boleh buat, kite boleh kaji tahap pestasi nye pada tahun2 lepas, dan kaji kenapa boleh naik atau turun..dari situ baru la kite boleh dapat keyakinan untuk membuat langkah pertama... :)



p/s: Saya dengar dari sorang kawan yang keje kat Habib Jewels, dekat Tahun Baru Cina nanti, emas 999 akan naik RM171/g... huhuhu... kalau ade duit sekarang... beli ajer... :D

08 December 2010

Masa untuk invest dalam Silver!!

Salam... Harap semua sihat2..semoga kite semua berade dalam keredhaan Allah.. amin.. :)

Kali ni nak cerita pasal silver.. logam ni orang melayu panggil perak. hehe.. baru2 ni baru beli stok silver untuk di simpan..alhamdulillah semua yang di target memang dapat.. takde problem shortage of stock.. very lucky sebab dapat beli dirham kelantan.. susah betol nak dapat sekarang ni. :D

Ok, sebelum tu, nak cerita kenapa saya beli silver. Pepatah orang putih ade cakap, " Don't put all your eggs in one basket..". Senang je kan maksud die.. hehe. Kalau kite nak buat investment, jangan dump semua duit kite kat satu tempat je.. Gune kan Diversify Technique. maksud nye, pelbagai kan bentuk investment.


Ingat lah yang sesungguh nye tiada satu pun bentuk investment yang boleh menjanjikan pulangan dengan kadar sekian2.. Kalau dah name investment, mesti ade turun naik punye.. ASB pun tak boleh janji setiap tahun 8 - 10%.. Emas pun tak boleh janji setiap tahun 25 - 30%.. cume ape yang kite boleh tengok, sejarah performance nye pada tahun2 lepas.. sambil mengkaji sebab2 turun naik nye.. baru la kite boleh yakin macam mane performance nye pada tahun ni dan tahun2 akan datang... :)


Sebab-Sebab Untuk Membeli Silver Sekarang

1. Stok fizikal silver yang ada di dalam dunia hanya berjumlah 30,000 tan. Jumlah tu hanya lah 1/5 daripada jumlah stok fizikal emas! Maksud nye, di dalam dunia ni, stok silver adalah 5 kali ganda lebih sedikit daripada emas! 

2. Permintaan Industri + Permintaan Pelaburan = Jumlah kekurangan sebenar (nett shortage) dalam dunia. Setiap tahun, kekurangan silver berbanding permintaan adalah sebanyak 4000 tan!!

3. Kadar kenaikan nilai silver adalah lebih tinggi berbanding emas. Setiap kali emas naik harga 2 kali ganda, silver dah naik 3-4 kali ganda!! Jom tengok graf kenaikan gold dengan silver. :)


Kenaikan Emas (8 Dec 2009  -  7 Dec 2010)
High = 1421.00 USD/Ounce
Low = 1058.00 USD/Ounce

= (1421/1058) x 100% - 100%
= (1.343 x 100%) -  100%
= 134.3%  -  100%
= 34.3 %     <--- Kenaikan emas selama setahun sehingga semalam. ASB memang tak dapat la. haha  :D


Kenaikan Silver (8 Dec 2009  -  7 Dec 2010)
High = 30.50 USD/Ounce
Low = 15.14 USD/Ounce
 
= (30.5/15.14) x 100% - 100%
= (2.01 x 100%) -  100%
= 201%  -  100%
= 101 %     <--- Perrgghhhh..!! Lagi dasyat naekkk...!!!  :D


Sumber : Kitco.com  (Anda boleh lihat graf untuk 2, 5, 8 dan 10 tahun lepas untuk silver and gold. boleh la kire sendiri peratus kenaikan silver dengan gold ni.... :P)



4. Harga silver sekarang tengah MURAAAH...!!!! hehe.. Betul... walaupun harga silver dah naik mencanak, tapi ia tetap masih murah dan mampu untuk dimiliki... :) Anda bayang kan, 

Hari ni, 1 gram emas 999 = RM 166.00. Tapi harga 1 gram silver 999 = cuma RM 4.00!!!

Hehe... sangat murah kan!! :D


Cukup la dulu, saya bagi 4 sebab kenapa kite kene start beli silver sekarang... :) Saya pun dah start...hehe..

1 Oz Silver 999 Lady Fortuna.. (hot giler!! :P)



1 Oz Silver 999 American Eagle


1 Oz Silver 999 Canadian Maple Leaf


Kelantan 2 Dirham & 1 Dirham  (Silver 999)










Ok..itu saje. Sape2 yang belum ade/cukup duit untuk beli emas, boleh la start dengan silver dulu.. Ingat, Nabi kite pesan simpan dinar dan dirham.. (emas dan perak)  Jadi kenapa nak ragu2 lagi?? hehe... :)