07 February 2012

Soalan yang Perlu Dijawab sebelum Anda Melabur

Assalamualaikum saya ucapkan kepada pembaca semua.. Semoga anda dan pelaburan anda semakin sihat hendaknya! :)


Hari ini saya nak kongsikan satu tips yang saya pakai selama saya terlibat dalam dunia pelaburan, terutama pelaburan emas, dan saya rasa anda juga patut menggunakannya. Ia merupakan suatu kaedah soal jawab yang banyak membantu saya dalam membuat pilihan pelaburan, menghasilkan ROI yang lebih tinggi dan dalam masa yang sama dapat mengurangkan risiko.

Mengapa saya menganggap ia sangat penting? Kerana jawapan-jawapan yang anda berikan kepada soalan-soalan ini akan mendorong anda membuat keputusan yang lebih baik mengikut logik dan bukan sekadar mengukit tekaan dan emosi (perasaan tamak dan takut). Anda harus ingat, apabila anda membuat pelaburan, emosi anda harus dikekalkan pada tahap yang rendah, supaya ia dapat meningkatkan tahap intelligent anda!

Soalan yang perlu anda jawab:

1. Mengapa saya melabur?
Sudah tentu jawapan yang senang ialah nak buat duit. Tapi anda harus pergi lebih dalam. Adakah anda melabur untuk persaraan? untuk pendidikan anak? atau untuk mendapatkan positif cashflow yang konsisten? Tentukan matlamat anda, apa yang anda mahukan. Jawapan-jawapan ini penting untuk membantu anda memilih instrument pelaburan yang paling sesuai.

2. Berapa lama tempoh saya boleh tunggu?
Jawapan nya boleh jadi dua: singkat (beberapa bulan) atau panjang (3, 5, atau 10 tahun). Jika anda tidak mampu untuk menunggu lama (mungkin kerana desakan kewangan), pilihlah instrument pelaburan yang lebih selamat dan kurang risiko. Cuma biasanya instrument2 pelaburan sebegini tidak menjanjikan ROI yang tinggi. Mungkin sekadar 3% ~ 6% setahun. Tetapi jika anda mampu untuk memperuntukkan masa yang lama untuk terlibat dalam sesebuah pelaburan, peluang untuk mendapat ROI yang tinggi (sekitar 25% ~ 40% setahun) bakal anda miliki. Ini kerana anda mempunyai masa untuk menyusun pelan pelaburan dan mengendalikan segala risiko. Ingat, risiko dalam pelaburan pasti ada, anda harus belajar untuk handle, bukan lari daripadanya.

3. Adakah ia sesuai dengan sumber kewangan saya?
Jawapannya mestilah 'Ya.' Ramai orang sedar akan kepentingan pelaburan, cuma masalahnya mereka kurang pasti di mana tahap kewangan mereka. Contohnya, seseorang yang membeli rumah untuk disewakan, namun hasilnya hanya memberi aliran tunai yang negatif. Jika anda mahukan positive cashflow, pastikan apa yang anda dapat adalah positif, bukan negatif. No point anda buat pelaburan jika ia hanya akan mendatangkan kesusahan dan masalah. Saya memilih pelaburan emas kerana ia sangat sesuai dengan tahap kewangan saya sekarang (walaupun target long term saya tetap hartanah). Anda boleh memulakan pelaburan emas dengan modal bawah RM1000, dan tiada masalah jika anda mahu bermula dengan modal yang lebih besar. Yang penting bagi seorang pelabur ialah ROI (%), bukan nya sedikit atau banyak.

4. Bolehkah saya menjualnya kelak untuk mendapat keuntungan?
Soalan ini penting kerana secara automatik kita akan tergerak untuk membuat sedikit kajian. Apabila anda melabur, apa yang anda mahukan adalah sedikit keuntungan yang logik berdasarkan masa dan risiko yang terbabit, dan instrumen pelaburan yang anda pilih. Untuk membeli sesuatu, anda hanya perlukan wang. Tetapi untuk menjual sesuatu, sambil dapat untung, bukanlah sesuatu yang mudah. Jika anda membeli emas, carilah yang mudah untuk dijual kembali (dan pada masa yang sama anda tetap untung!).



5. Mudahkah untuk menjualnya?
Pilihlah pelaburan yang senang untuk dijual semula. Jika anda membeli rumah/hartanah (untuk mendapat capital gain), pastikan ia senang dijual semula kelak. Anda harus mengkaji future market/demand di kawasan itu. Jika anda membeli emas, pastikan ia adalah emas yang senang djual semula. 'Senang' di sini bermaksud, anda boleh berjumpa dengan penjual/datang ke pejabat mereka, serahkan barang dan mendapat balik wang anda dalam masa beberapa minit. Atau paling lama pun beberapa hari. Itu sahaja.

Bukan nya susah seperti ini! ;)


Diharap tips yang saya berikan ini berguna. Semoga anda lebih berjaya di dalam pelaburan anda!


04 February 2012

Harga Emas Diunjur Cecah RM200 Segram - Berita Harian, 4 Feb





KUALA LUMPUR, 4 Feb. - Harga emas dijangka meningkat ke paras hampir RM200 segram menjelang akhir tahun ini didorong permintaan kukuh pengguna terutama dari China dan India serta pelabur global.

Ketua Strategi Pelaburan Standard Chartered Bank, Steve Brice, berkata komoditi itu menjadi pilihan pelaburan terbaik tahun ini memandangkan keaadaan ekonomi global dijangkakan kekal tidak menentu susulan masalah hutang Eropah yang berlarutan dan pertumbuhan perlahan ekonomi Amerika Syarikat (AS) dan China.

Beliau berkata pihaknya mengunjurkan harga logam itu mencecah paras AS$1,975 seaun atau AS$63.5 (RM191.77) segram pada suku keempat tahun ini, sekaligus melepasi paras tertinggi yang dicatatkan September tahun lalu iaitu AS$1,920.30 seaun atau AS$61 (RM184) segram.

Katanya, faktor utama yang mendorong harga emas untuk terus meningkat ialah tahap hutang yang tinggi di negara maju, kadar faedah sebenar yang negatif, permintaan yang tinggi di China dan India, bekalan terdah komoditi itu dan tindakan meningkatkan rizab emas daripada bank pusat di seluruh dunia.

"Pasaran global dijangka kekal tidak menentu tahun ini. Justeru, pelaburan dalam emas dan ekuiti berkaitan emas kekal menjadi pelaburan pilihan kami dalam keadaan pasaran yang tidak menentu ini," katanya pada sidang media selepas taklimat media mengenai tinjauan pasaran bagi suku pertama tahun ini.

Pada sesi dagangan semalam, harga emas meningkat 99 sen untuk ditutup pada paras RM165.30 segram.

03 February 2012

Harga Emas Dunia Dijangka Meningkat - Utusan Malaysia, 3 Februari 2012



KUALA LUMPUR 3 Feb. - Harga emas dunia dijangka meningkat mencecah AS$1,975 (RM5,925) seaun pada suku keempat tahun ini berikutan sentimen yang positif, kata Ketua Strategi Pelaburan Standard Chartered Bank, Steve Brice hari ini.

Harga emas ditutup pada AS$$1,756.80 (RM5,268) seaun hari ini.

Beliau berkata, kenaikan itu didorong oleh beberapa faktor termasuk paras hutang yang tinggi di Amerika Syarikat, bekalannya yang terhad dan peningkatan permintaan daripada China dan India.

Brice berkata, emas merupakan pelaburan yang sangat baik kerana ia menawarkan kepelbagaian selain memberi pulangan yang menguntungkan.

Malah iklim ekonomi yang tidak menentu ketika ini, turut menekan harga komoditi itu untuk melonjak berikutan permintaan yang tinggi, kata beliau lagi.

Brice berkata demikian ketika taklimat media tentang Tinjauan Masa Hadapan Suku Pertama 2012 Standard Chartered di sini hari ini.

Beliau menjelaskan permintaan yang tinggi juga datang dari negara-negara seperti India dan China tetapi juga bank-bank pusat yang ingin meningkatkan simpanan emas sebagai pelindung inflasi.

Menurut Brice, bekalan yang terhad di sebalik permintaan yang semakin bertambah turut mendorong peningkatan harga emas menjelang hujung tahun ini.

Sementara itu, beliau juga meramalkan Ringgit mengukuh sehingga RM3.00 berbanding AS$1 sekiranya Amerika Syarikat melaksanakan pakej rangsangan ekonomi yang ketiga (third qualitative easing) pada separuh kedua tahun ini.

Katanya, sekiranya pakej rangsangan tersebut dilaksanakan ia bakal mendorong pembelian risiko (risk buying) oleh pelabur seperti mana yang telah berlaku semasa pakej-pakej terdahulu dilaksanakan.

Brice juga menjangkakan Bank Negara Malaysia akan menurunkan kadar faedah sebanyak 25 mata asas pada suku pertama dan 25 mata asas lagi pada suku kedua tahun ini bagi terus merangsang pertumbuhan domestik.



Sumber : Utusan Malaysia