Showing posts with label Info. Show all posts
Showing posts with label Info. Show all posts

10 October 2012

Loan kene reject?


Kali ni nak cerita sikit pasal loan yang aku apply kat CIMB..minggu lepas banker tu bagitau dengan hormatnye diorang dah reject loan aku tu...haha..

Aku dengan rase agak kecewa dan sedikit tertanya2, terus set appointment dengan banker tu sebab nak die explain kenapa pulak boleh jadi macam tu. Time aku apply haritu semua macam dah ok dah..

Nasib banker ni baik hati jugak, die tolong print and tunjuk kan balik macam mane communication diorang yang kat branch ni, dengan HQ diorang kat KL. Actually, diorang ade satu department kat HQ yang keje nye untuk approve and reject loan je. huhu.. cuba tengok kat bawah ni macam mane diorang evaluate aku punye credit scoring:




First sekali untuk nombor 1, ni untuk justification on the purpose of financing iaitu untuk pembelian hartanah (apartment) yang dah siap a.k.a. sub-sale. Then diorang clarify identiti orang yang apply. Kalau korang boleh tengok, antara point2 yang dihighlightkan ialah:
  1. kerja makan gaji sepenuh masa
  2. jawatan dalam syarikat
  3. nama syarikat
  4. dah berapa lama kerja
  5. gaji bersih (diambil dari payslip / bank statement / kwsp statement)
Untuk section nombor 2, bank akan evaluate kemampuan untuk bayaran pinjaman. Macam mane tu? Cara nye berbalik kepada pengiraan DSR macam yang aku pernah ceritakan sebelum ni.

Cerita pasal DSR boleh baca kat sini
  1. Ambil total nett income (macam kes aku ni, tengok kat payslip jela sebab aku still takde side income)
  2. Kira total commitment (jumlah hutang). Pasal ni, biasa nye waktu kite pergi apply loan, banker tu akan tengok dalam record CCRIS, dan dia akan tanya kita satu persatu bayaran bulanan untuk setiap loan sedia ada atas nama kita. contoh macam kereta, personal loan dll. Untuk kes2 tertentu, diorang akan mintak salinan offer letter loan tu (contohnye loan asb) supaya banker tu boleh tengok sendiri exact amount yang kita bayar setiap bulan. Yang ni, korang pandai2 la, tak payah bagi pun takpe. selagi mana korang boleh yakinkan banker tu melalui mulut je pun dah ok.
  3. Proposed loan commitment. Yang ni banker tu dah siap2 kira kalau loan yang kita apply ni approved, berapa kene bayar bulan2
  4. Jumlah hutang yang baru setiap bulan. yang ni pulak, jumlah semua hutang termasuk hutang rumah yang bakal dibeli.
  5. Baru lah dia kira DSR = [Jumlah hutang / Jumlah income] x 100%
Total income: RM 2,241.25  <-- ambil gaji bersih dari payslip
CCH commitment: RM 1,508.83  <-- ni lepas die kire total komitmen termasuk loan ASB, loan kereta, personal loan dll
Proposed loan commitment: RM 823  <-- ni bayaran bulanan untuk rumah baru
Total monthly commitment: RM 2331.83  <-- jumlah komitmen yang baru
DSR: [2331.83 / 2241.25] x 100%  = 104.04%

Dalam kes ni, DSR aku telah mencapai 104.04%, dah jauh melampaui had DSR normal (65%). So terang2 la diorang memang akan reject loan aku ni..huhuhu..

Untuk bahagian bawah sekali tu nombor 3, ialah sebagai kesimpulan. Antara point yang ditunjukkan:
  1. Komitment aku yang hanya bekerja makan gaji sepenuh masa adalah amat tinggi - DSR 104.04%
  2. Tiada duit lebih setiap bulan untk menampung hutang baru
  3. Saving account kat Public Bank dengan CIMB menunjukkan baki 2 ~ 3 digit sahaja setiap bulan. Maksudnya kat sini, baki duit aku setiap bulan hanya ade puluh2 hingga ratus2 ringgit sahaja.
  4. ASB saving cume ade 8k lebih, tak cukup kuat untuk menampung size hutang yang hampir mencecah 200k
  5. Aliran tunai yang lemah
Sebenarnya aku bukan tak kira dulu semua kat atas ni sebelum aku apply loan, tapi kalau korang nak tau, CIMB biasanya akan kira juga loan ASB sebagai income (hasil dari dividen setiap tahun biasa CIMB akan ambil benchmark 7% dividen). Benda ni disahkan sendiri oleh banker time aku apply tu. Dia dah siap kirakan untuk aku, mase kira tu memang ada peluang loan akan lepas. Sekali bila sampai kat HQ, diorang tak kira pulak..huhu.. Kate orang kalau dah takde rezeki tu, ape pun tak boleh..haha..

Ape2 pun pengalaman aku apply loan, pastu loan kene reject ni memang banyak mengajar aku pasal permainan pihak bank. Apa ciri2 yang bank nak, macam mana nak buat bank yakin kita ni layak (walaupun sebenarnye tak berapa sangat), apa trick2 jumpe banker mase nk pegi apply loan dan macam2 lagi..Alhamdulillah semuanya ilmu yang baru bagi aku..

Aku harap korang sume yang baca ni, boleh ambil pengajaran dari pengalaman aku ni. Tiada apa yang aku nak malu nak share pasal kewangan peribadi aku sendiri. Sememangnya duit/kewangan adalah sesuatu yang peribadi. Demi nak share ilmu ni, so takde hal, kite belajar sama2 ok. :)




14 January 2011

Prof Dr Umar Ibrahim Vadillo, Pengarah Bahagian Public Fine Gold






Siapakah beliau?



Umar Ibrahim Vadillo merupakan individu yang melihat penggunaan dinar emas sebagai jalan penyelesaian kepada krisis ekonomi dunia. Beliau telah berusaha keras untuk mencipta iklim ekonomi yang bersandarkan dinar emas yang sepatutnya menjadi mata wang umat Islam. Malah, beliau juga yang telah melobi Tun Mahathir selepas negara di landa krisis mata wang pada tahun 1997 untuk bertukar kepada penggunaan dinar emas. Hujahnya, mata wang dinar emas bukan sahaja mampu dijadikan sebagai kaedah utama pembayaran berikutan terdapat lebih daripada satu bilion umat Islam di dunia ini malah kedudukan ekonomi sesebuah negara akan lebih terjamin kerana dinar emas merupakan komoditi yang mempunyai harga yang stabil.

Pada tanggal 18 Ogos 1991, beliau dengan lantang telah mengeluarkan fatwa bahawa wang kertas adalah haram. Fatwa berkenaan merumuskan bahawa wang kertas adalah satu bentuk hutang (janji yang dibayar oleh pihak yang mengeluarkannya) dan oleh itu tidak boleh digunakan sebagai alat pembayaran. Ini bertepatan dengan takrifan daripada Imam Malik r.a. yang mentakrifkan wang sebagai “sebarang komodititi yang diterima umum digunakan sebagai alat pertukaran”. Oleh yang demikian, manusia mempunyai kebebasan untuk memilih sebarang komoditi yang bernilai sebagai mata wang dan bukan mata wang yang dipaksa nilai ke atasnya. 

Menyelusuri sejarah, dinar emas telah menjadi piawai bagi mata wang dunia, selama beribu-ribu tahun, sehinggalah ia diganti kepada wang kertas dolar hanya pada awal tahun 1970-an. 



Dinar berasal dari perkataan bahasa Latin Denarius iaitu matawang yang digunakan oleh Kerajaan Rom yang diperbuat dari logam perak. Ianya digunakan pada tahun 211 sebelum masihi di mana 1 denarius perak beratnya kira - kira 4.5 gram. 


Dari perkataan Denarius ini, wujudlah pelbagai matawang yang lain seperti Denier (mata wang perak Perancis), Denaro (mata wang perak Itali), Dinar (mata wang emas Islam), Dinero (mata wang perak Sepanyol) dan Dinheiro (mata wang perak Portugis). 

Pada penghujung zaman Republik Roman, mata wang Denarius dari logam emas mula digunakan dengan dikenali sebagai Denarius Aureus yang bermaksud Denarius Emas. Semenjak dari itu, perkembangan mata wang emas telah berubah mengikut peredaran zaman di mana semasa pemerintahan Constantine The Great (306 – 377 Tahun Masihi) mata wang emas lama telah ditukar dengan mata wang yang lebih ringan yang dikenali sebagai Solidus yang beratnya 4.5 gram. 

Mata wang emas Solidus ini telah digunakan sehingga berakhirnya zaman Empayar Byzantium dan telah tersebar penggunaannya ke seluruh Semenanjung Tanah Arab sehinggalah ke zaman awal Islam. Dari zaman bermula berkembangnya agama Islam, penggunaan mata wang dinar emas dan dirham perak dari Parsi telah digunakan menjadi mata wang bagi setiap ummah ketika itu dalam urusan jual beli.

Hanya pada zaman pemerintahan Khalifah yang ke-3 iaitu Khalifah Saiyidina Ummar al-Khattab (13 – 23 hijrah / 633 – 644 masihi), penggunaan mata wang dinar dan dirham mula dikawal dari segi corak dan berat. Di bawah pemerintahan Khalifah Ummar, corak mata wang Islam telah diukir dengan nama Allah s.w.t. dan sebahagian dari ayat-ayat suci al-Quran. Berat mata wang Islam ini juga telah ditetapkan iaitu mata wang dinar mestilah mengandungi emas seberat 1 mithqal (iaitu seberat 4.25 gram ukuran pada masa kini). Manakala bagi mata wang dirham pula, beratnya adalah sebanyak 2.975 gram perak (ukuran pada masa kini) di mana jika nilai tukarannya dengan dinar ialah 7 dinar emas bersamaan dengan 10 dirham perak. 



Kepentingan dinar emas jelas dicatat dalam buku Ibn Khaldun yang bertajuk “al-Muqaddimah.” Di dalam buku tersebut, mencatatkan akan wahyu Allah s.w.t. memasukkan dinar serta dirham dan ini telah membawa bersamanya banyak kaitan dalam hukum seperti zakat, perkahwinan dan hudud. Sebab itu di dalam wahyu Allah s.w.t. dengan jelas telah menyatakan akan ukuran yang tetap mengenai zakat dan sebagainya dengan menggunakan dinar dan dirham tidak dengan yang lain. 


Islam mementingkan keredaan Allah s.w.t. dalam setiap pelakuan dan pekerjaan yang dilakukan kerana keredaan Allah s.w.t. akan memberikan kesejahteraan kepada kehidupan dunia dan akhirat. Idea mengembalikan dinar emas bukan suatu perkara kecil kerana ia secara langsung atau tidak, turut melibatkan soal sistem sosial, ekonomi, politik, dan, keberkatan dari-Nya. 

Malah, kelemahan umat Islam sedunia mula ketara apabila berakhirnya penggunaan dinar emas. Menurut sejarah, pemerintahan Islam di bawah Khalifah Uthmaniyah di Istanbul, Turki telah dihelah dengan kemajuan dan pembangunan. Pinjaman wang kertas daripada Eropah untuk membangunkan Turki telah menjadikan negara tersebut berhutang dan melalui sistem wang kertas bersama riba telah melemahkan pemerintahan Khalifah. 



Riba sangat dibenci Allah s.w.t dan Rasulullah s.a.w. Ini diterangkan dalam al-Quran yang bermaksud: “Maka jika kamu tidak mengerjakan (meninggalkan sisa riba) maka ketahuilah bahawa Allah dan Rasul-Nya akan memerangi kamu. Dan jika kamu bertaubat (dari pengambilan riba), maka bagimu pokok hartamu, kamu tidak menganiaya dan tidak (pula) dianiaya,” (al Baqarah:279).


Memang tidak dapat dinafikan, sistem wang dunia berasaskan wang kertas dan berlandaskan riba ini telah telah membawa kepada banyak kerosakan seperti kemiskinan, kerosakan alam sekitar, monopoli pengeluaran dan pengedaran. Sistem ini juga menimbulkan berbagai masalah seperti pengangguran, jenayah, maksiat dan kejatuhan moral. Sistem ini yang dikendalikan oleh institusi perbankan, sistem demokrasi dan ahli politik yang tidak bertanggungjawab telah memberi sumbangan kepada kesengsaraan masyarakat dunia.

Ibnu Abbas r.a. dari Ishaq Ibn Basheer dan Ibn Asakir di Kanz al-Ummal mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda, yang bermaksud: “Orang yang pertama mengikuti Dajjal adalah 70,000 orang Yahudi...dan antara tanda pelepasan Dajjal adalah amalan riba.” 


Kini, dinar emas telah kembali dan ramai umat Islam dan bukan Islam dari seluruh dunia menyeru supaya dinar emas ini dikembalikan. Ditengah-tengah kekalutan ekonomi yang melanda kini, kilauan dinar emas dilihat dapat mengembalikan sistem kewangan yang lebih munasabah dan mantap. Ramai yang telah sedar akan tipu helah sistem kewangan yang ada dan masyarakat dunia sudah mula meminta supaya mengembalikan kebebasan untuk memilih. Sekiranya demokrasi dilaungkan di seluruh dunia supaya diamalkan dalam semua perkara, mengapa tidak kebebasan diberikan untuk memilih dinar sebagai wang? 

04 January 2011

Harga Emas Akan Terus Meningkat Pada 6-9 Bulan Akan Datang

Goldman Sachs Group Inc. meramalkan ekonomi Amerika akan bertambah tenat pada 6-9 bulan yang akan datang.


Ketua Analisis Jan Hatzius berkata,
"Kami melihat fenomena ini dlm 2 keadaan,
Fenomena pertama ialah kadar pertumbuhan ekonomi di U.S sehingga pertengahan tahun 2011 hanya sekitar 1.5% - 2% sahaja, manakala kadar pengangguran meningkat secara sederhana tetapi bakal mencecah sehingga 10%.

Fenomena kedua dan yang terburuk sekali ialah ekonomi amerika bakal mengalami kemelesetan yang teruk"

Apa Interpretasi yang dapat kita simpulkan daripada kenyataan di atas?
1- Kadar pertumbuhan ekonomi yang perlahan dan kadar pengangguran yang meningkat menunjukkan bahawa ekonomi sesebuah negara sedang mengalami kemelesetan ekonomi.
2- Kemelesetan ekonomi pula bakal menyebabkan para pelabur saham menjual kesemua saham dan beralih kepada komoditi emas.
3- Kemelesetan juga menimbulkan kebimbangan kepada para pengguna tentang peningkatan inflasi. Bagi melindungi penyusutan nilai wang simpanan mereka akibat inflasi, mereka akan berebut2 utk membeli emas dan sekaligus melonjakkan permintaan ke atas komoditi ini.
4- Permintaan yang tinggi, akan menyebabkan kenaikan harga emas yang lebih tinggi.
5- Berita seperti di atas juga bakal mempengaruhi sentimen pasaran emas, dan membuatkan para pengguna di seluruh dunia mengambil kesempatan diatas kemelesetan di U.S untuk membeli komoditi emas bagi meraih keuntungan pelaburan jangkamasa sederhana dan panjang.






Kesimpulan ?
Belilah emas sebanyak-banyak nya, dan jangan simpan duit tunai dah.. Jika anda merasakan harga komoditi ini sudah cukup tinggi, dan takkan naik2 lagi dah, maka jangan la beli emas, simpanlah wang anda dan lihatlah saja harga emas yang semakin hari semakin meninggi.



Tetapi jika anda ingin menjadi seorang yang bijak dan keluar dari pemikiran yang konservatif, hubungi saye sekarang untuk melindungi nilai harta dan simpanan anda !!!

12 December 2010

Jom tengok harga emas dulu-dulu... =)

Salam.. alhamdulillah.. semoga kite semua masih sihat2...saye selesema hari ni. huhu..

Kali ni saya nak tulis sikit pasal harga emas dulu2.. Harga yang saya tunjuk ni adalah berdasar kan harga Kijang Emas (Syiling Emas rasmi kerajaan Malaysia) dari laman web Bank Negara Malaysia (BNM). Rujuk sini  (klik --> Harga Kijang Emas BNM) Kenapa rujuk harga Kijang Emas?? Sebab harga nya dalam Ringgit Malaysia..! :)

Kijang Emas Prices

Kat sini kite boleh tengok harga Kijang Emas dari tarikh 17 Julai 2001 (hari mule2 launch), sehingga tarikh hari ni. Harga yang saya akan tunjuk kan adalah harga purata untuk bulan Disember setiap tahun, supaya boleh banding kan dengan ASB - Dividen setiap hujung tahun.

Tahun
Harga Purata 1 oz
(RM)
Harga per Gram
(RM)
Peratus Kenaikan
Setahun
Disember 2001
1113.63
35.80/g

Disember 2002
1348.95
43.37/g
21.1%
Disember 2003
1644.75
52.89/g
22.0%
Disember 2004
1786.75
57.44/g
8.6%
Disember 2005
2035.70
65.46/g
14.0%
Disember 2006
2367.15
76.11/g
16.3%
Disember 2007
2837.15
91.23/g
19.9%
Disember 2008
3086.79
99.25/g
8.8%
Disember 2009
4025.33
129.43/g
30.4%
* Hari ni, 12 Disember 2010, Kijang Emas 1 oz = RM4618.00


Cube bandingkan dengan ASB





Harga emas untuk Tahun 2010 (awal tahun hingga sekarang) 

Saya rujuk harga daripada Federation of Goldsmiths And Jewellers Associations of Malaysia. Sila lihat harga untuk emas 999 (Kijang Emas = emas 999)



Harga 28 August 2010

Harga 24 September 2010

Harga 12 Oktober 2010

Harga 10 November 2010


Tahun ni 2010, harga emas 999 dah naik beberapa kali dari bulan Ogos.. yang jadi persoalan nye, harga ni akan kekal atau terus naik..Seperti yang saya bagitau pada posting yang sebelum ni, tiada satu pun bentuk pelaburan yang pernah memberi janji, bahawa setiap tahun akan dapat dividen/peratus kenaikan sekian2...

Apa yang kite boleh buat, kite boleh kaji tahap pestasi nye pada tahun2 lepas, dan kaji kenapa boleh naik atau turun..dari situ baru la kite boleh dapat keyakinan untuk membuat langkah pertama... :)



p/s: Saya dengar dari sorang kawan yang keje kat Habib Jewels, dekat Tahun Baru Cina nanti, emas 999 akan naik RM171/g... huhuhu... kalau ade duit sekarang... beli ajer... :D

29 November 2010

Tips memulakan pelaburan Emas

Salam.. :)

Baru2 ni ade orang tanya saya.. "Labur emas ni..macam mane kalau aku nak start? kene buat ape dulu??" 

Huhu..jawapan nye senang je.. saya jawab, " Beli la emas.. dah beli simpan.. abes cite.."  :D


Hehe.. memang itu pun care nye.. saya sendiri pun start dengan 1 dinar je.. Nak cerita sikit.. time tu baru 1st time dapat gaji..wah.. dah ade gaji sendiri!! haha.. Padahal dulu time jadi student, punye la berangan..gaji 1st macam2 nak beli.. tengok2, sabar jela..simpan je dulu semua tu.. buat kuar duit RM610, terus merempit pergi Klang jumpe dengan Abg Azri.. hehe..elok2 je rumah die tengah buat open house hari tu. makan free ler..haha..

Hari tu 4 Oktober 2010, harga 1 dinar PG RM610.. terketar2 dah tangan nak bayar.. haha.. :D  Ape2 pun..dengan 1 dinar tu lah saya start.. sekarang dah ade 5 keping 1 dinar & 3 keping jongkong 20g.. Alhamdulillah.. Hari ni 29 November 1 dinar dan jadi RM640..


Kalau kire2.. 

(640 / 610) x 100 = 104.92
104.92 - 100  = 4.92 %

Hoho... kenaikan 4.92 % dalam mase 2 bulan saje... :D 
Kalau ASB alamat nye kene tunggu 7-8 bulan baru dapat 4.9 % ni.. hehee..

Macam tu lah cerita nya.. labur emas ni lain.. kite kene beli dulu pastu baru simpan.. Beli emas tu la langkah pertama kite kene buat.. maybe sekarang anda nak tanya, emas yang macam mane nak beli tu??

Ni saya nak kongsi sikit tips2 nak beli emas untuk 1st timer..sekarang ni banyak dah orang jual emas kat internet.. kat Mudah.my pun banyak..so kene pandai la pilih.. hehe..
  1. Tentu kan jenis emas.. Emas ni ade bnyk gred. Tapi yang paling famous, gred 999 & 916.. lepas tu tengok nak beli barang kemas ke.. jongkong ke.. atau dinar. Biase untuk tujuan pelaburan, orang tak beli barang kemas sebab barang kemas ni die ade kos workmanship. Atau pun biase orang sebut kos upah..so rugi sikit la kat situ sebab kite bayar mahal bukan untuk nilai emas.. Jongkong pulak biase nye gred 999.. dinar pulak biase nye gred 916.. Tapi jangan risau, gred ni takde effect kat % kenaikan harga emas.. so terpulang nak beli gred 916 atau 999... :)
  2. Kedua, survey harga.. untuk pengetahuan.. harga emas bukan harga kawalan.. so harga nye bebas ikot tuan / tokey kedai nak letak berape.. So jangan terkejut kalau tengok kedai lain2, harga nye lain2.. tapi beza tak jauh.. ape yang kite kene tau, kat Malaysia ni ade satu body yang standard kan harga emas untuk rujukan.. Die tunjuk harga emas per gram.. bleh tengok kat sini.. -->  Federation of Goldsmiths And Jewellers Associations Of Malaysia. Tengok kat belah kanan atas page tu, die ade tunjuk harga rujukan untuk emas kat Malaysia.. so biase kedai2 emas ni akan ikut harga tu.. kalau beza pun tak lari banyak la..ikut la tokey tu nak untung berape kan.. satu nak bagitau, biase time survey ni, kite akan jumpe emas dalam unit ounce/Oz..  kalau nak tau 1 ounce berat nye ialah 31.1g ...  so pandai2 lah bahagi.. nak tengok harga per gram.. :)
  3. Jika anda nak beli emas untuk dijual semula pada masa akan datang, (ni ikot plan masing2 la, nak jual ke atau nak terus simpan)  baik beli emas2 yang dalam kategori hot item.. hehe.  contoh emas hot item adalah 1 dinar.. jongkong 10gram atau 20gram..(jongkong yang kecik2). Sebab nye emas2 camni sangat senang kalau kite nak jual balik.. ramai yang cari sebab harga nye mampu milik.. :)
  4. Masa / Timing?? hehe.. yang ni anda tak payah risau.. sebenarnye takde masa yang spesifik untuk kite beli emas.. memang la orang selalu cakap beli emas time harga tengah murah.. tapi, kite tau ke bile mase emas nak murah..??  Ingat la, beli emas sekarang adalah lebih baik dari beli pada beberapa bulan akan datang.. kalau ade duit, beli aje... :)

1 Troy Ounce = 31.1 gram




Okeh.. itu saje untuk kali ni.. saya dah bagi tau teknik yang paling basic & simple untuk labur emas.. Beli & Simpan..yang akan datang, saya akan share teknik2 advance pulak.. hehe.. Thanks sebab bace blog ni... :)

Knowledge is to be Shared...  =)

18 November 2010

Senang nye jual emas!! :D

Wah.. first time rase jual bende mahal, tapi laku macam pisang goreng...hehe.. btol lah orang cakap, kalau dah bende baik, tak yah susah2 promote pon orang datang beli.. :D

Sale on 11/11/2010 - 5 x 1 Dinar = RM3118
En. Azmi dari Cheras.. COD kat Dataran Putra @ 8pm - 3 Dinar
Azam student MMU Cyber.. COD kat Presint 9.. @ 8.30pm - 1 Dinar
Mior - tolong beli untuk member kat Ipoh..huhu. COD kat Dataran Putra @ 10pm - 1 Dinar

Sale on 12/11/2010 - 4 x 1 Dinar = RM2480
En. Din dari Shah Alam.. drive terus dari Shah Alam ke depan ofis saya di TPG..hehe.. - 4 Dinar

Sale on 15/11/2010 - 2 x 1 Dinar = RM1260
En. Ismael dari Sg. Buloh.. ni sorang lagi..sanggup drive time2 jam kat Kg Melayu Subang..hehe. janji dapat beli
COD kat Giant Shah Alam.. - 2 Dinar

Sale untuk 3 hari = RM6858.00 !!  Huhu...best nye..!! :D

Stok kat tangan tinggal beberapa keping je... sedih pulak rase nye. hehe..sampai ade yang kol tanya stok, terpakse cakap dah habes..huhu..sayang nk jual. sendiri punye kene simpan jugak.. :D

kat tangan ade lagi 7 keping..bersinar2..hehe :D

Planning lepas ni 4 keping pergi pajak, yang lain bagi kat adik & kawan untuk diorang pegang.. Emas ni kite kene pegang sendiri dulu.. baru tau camne rase nye..baru boleh cerita kat orang..hehee.. :D

Okeh! sape2 nak rase pegang emas, cepat call saya..013-4567364.. sms pun boleh.. Salam.. :)

10 November 2010

Yahooo..!! Stok dah sampai...!!

Alhamdulillah..

Semalam pergi ambil stok kat office PG Sunway, semua nye berjalan lancar..tak perlu beratur..betul la ckp MD Faizan, before datang make sure call dulu.. stok pulak nasib baik boleh ambil..walaupun tak bawa slip original..hehe.. :D

Update sikit stok emas kat tangan... :P





Huhu..first time pegang emas banyak2 kat tangan.. ketar2 rase.hehe.. ape2 pun, sekarang dah boleh execute plan seterusnye. Yang emas jongkong pergi pajak , dinar simpan sikit, yang lain jual.. Tengok sikit emas ni senang ke susah nak jual..huhu..

Memang betul2 pengalaman baru!! seronok rupe nye pegang emas nih!! dah tak reti nk ckp camne. hehe.. 

Miliki emas pertama anda sekarang!!

09 November 2010

RM20,817 Untuk Beli Emas!!

Assalamulaikum..
Harap anda semua sihat2 macam saya! :)

Posting kali ni, saya nk tunjuk kan purchase order yg telah dibuat bagi melayakkan saya untuk bergelar Authorized Dealer Public Gold. Hehe..




Saya telah membeli 1 Dinar emas sebanyak 18 keping, dan 20g gold bar sebanyak 3 keping. 

Pada 18/10/2010,
1 Dinar = RM639 (1 Dinar = 4.25g emas 916 / 22K)
20 gold bar = RM3095 (gold bar = emas 999 / 24K)

Waktu purchase ini dibuat pd 18/10/2010, harga emas semasa adalah 1368USD/ounce. Hari ni, pada masa posting ini dibuat, harga emas semasa adalah 1416USD/ounce. (source: www.kitco.com) Naik 3.5% dlm masa 3 minggu shj. Huhu... cepat nye naik. :P

Apapun, syukur betul sebab dapat jadi dealer dgn harga RM20k ni. Kalau xde promosi macam sekarang, alamat nye kene kumpul RM40k laa..huhu..
(Tapi kalau 40k pun, semuanya untuk beli emas jugak..mmg tak rugi punye..:P )

Nasihat saya, tukar lah wang simpanan anda kepada emas. Hanya emas yang dapat melindungi duit kita dari susut nilai.

Miliki emas anda sekarang!!



Alhamdulillah...

Alhamdulillah..

Untuk posting yang pertama ni, saya hanya ingin lahirkan setinggi-tinggi rasa syukur kepada Allah SWT. Berkat sedikit usaha saya, dapat jugak jadi Authorized Dealer under Public Gold Sdn. Bhd. Betullah org cakap, kalau dah betul2 nak, mesti ade punye cara nye. Rm20k pon 20k lah.hehe..

Thanks banyak2 to my Master Dealer, bro Faizan Dasuki, emak saya yg bagi support duit sikit..kawan2 yang sependapat dgn saya.. Thanks banyak2!! Hehe..

Lepas ni baru la boleh start bisnes betul2.. Dah 2 bulan asyik menuntut ilmu pasal emas, sekarang dah tiba masa nye nak buat betul2.. 

Semoga semuanya berjalan lancar seperti yg dah di plan kan. I'Allah..