10 October 2012

Loan kene reject?


Kali ni nak cerita sikit pasal loan yang aku apply kat CIMB..minggu lepas banker tu bagitau dengan hormatnye diorang dah reject loan aku tu...haha..

Aku dengan rase agak kecewa dan sedikit tertanya2, terus set appointment dengan banker tu sebab nak die explain kenapa pulak boleh jadi macam tu. Time aku apply haritu semua macam dah ok dah..

Nasib banker ni baik hati jugak, die tolong print and tunjuk kan balik macam mane communication diorang yang kat branch ni, dengan HQ diorang kat KL. Actually, diorang ade satu department kat HQ yang keje nye untuk approve and reject loan je. huhu.. cuba tengok kat bawah ni macam mane diorang evaluate aku punye credit scoring:




First sekali untuk nombor 1, ni untuk justification on the purpose of financing iaitu untuk pembelian hartanah (apartment) yang dah siap a.k.a. sub-sale. Then diorang clarify identiti orang yang apply. Kalau korang boleh tengok, antara point2 yang dihighlightkan ialah:
  1. kerja makan gaji sepenuh masa
  2. jawatan dalam syarikat
  3. nama syarikat
  4. dah berapa lama kerja
  5. gaji bersih (diambil dari payslip / bank statement / kwsp statement)
Untuk section nombor 2, bank akan evaluate kemampuan untuk bayaran pinjaman. Macam mane tu? Cara nye berbalik kepada pengiraan DSR macam yang aku pernah ceritakan sebelum ni.

Cerita pasal DSR boleh baca kat sini
  1. Ambil total nett income (macam kes aku ni, tengok kat payslip jela sebab aku still takde side income)
  2. Kira total commitment (jumlah hutang). Pasal ni, biasa nye waktu kite pergi apply loan, banker tu akan tengok dalam record CCRIS, dan dia akan tanya kita satu persatu bayaran bulanan untuk setiap loan sedia ada atas nama kita. contoh macam kereta, personal loan dll. Untuk kes2 tertentu, diorang akan mintak salinan offer letter loan tu (contohnye loan asb) supaya banker tu boleh tengok sendiri exact amount yang kita bayar setiap bulan. Yang ni, korang pandai2 la, tak payah bagi pun takpe. selagi mana korang boleh yakinkan banker tu melalui mulut je pun dah ok.
  3. Proposed loan commitment. Yang ni banker tu dah siap2 kira kalau loan yang kita apply ni approved, berapa kene bayar bulan2
  4. Jumlah hutang yang baru setiap bulan. yang ni pulak, jumlah semua hutang termasuk hutang rumah yang bakal dibeli.
  5. Baru lah dia kira DSR = [Jumlah hutang / Jumlah income] x 100%
Total income: RM 2,241.25  <-- ambil gaji bersih dari payslip
CCH commitment: RM 1,508.83  <-- ni lepas die kire total komitmen termasuk loan ASB, loan kereta, personal loan dll
Proposed loan commitment: RM 823  <-- ni bayaran bulanan untuk rumah baru
Total monthly commitment: RM 2331.83  <-- jumlah komitmen yang baru
DSR: [2331.83 / 2241.25] x 100%  = 104.04%

Dalam kes ni, DSR aku telah mencapai 104.04%, dah jauh melampaui had DSR normal (65%). So terang2 la diorang memang akan reject loan aku ni..huhuhu..

Untuk bahagian bawah sekali tu nombor 3, ialah sebagai kesimpulan. Antara point yang ditunjukkan:
  1. Komitment aku yang hanya bekerja makan gaji sepenuh masa adalah amat tinggi - DSR 104.04%
  2. Tiada duit lebih setiap bulan untk menampung hutang baru
  3. Saving account kat Public Bank dengan CIMB menunjukkan baki 2 ~ 3 digit sahaja setiap bulan. Maksudnya kat sini, baki duit aku setiap bulan hanya ade puluh2 hingga ratus2 ringgit sahaja.
  4. ASB saving cume ade 8k lebih, tak cukup kuat untuk menampung size hutang yang hampir mencecah 200k
  5. Aliran tunai yang lemah
Sebenarnya aku bukan tak kira dulu semua kat atas ni sebelum aku apply loan, tapi kalau korang nak tau, CIMB biasanya akan kira juga loan ASB sebagai income (hasil dari dividen setiap tahun biasa CIMB akan ambil benchmark 7% dividen). Benda ni disahkan sendiri oleh banker time aku apply tu. Dia dah siap kirakan untuk aku, mase kira tu memang ada peluang loan akan lepas. Sekali bila sampai kat HQ, diorang tak kira pulak..huhu.. Kate orang kalau dah takde rezeki tu, ape pun tak boleh..haha..

Ape2 pun pengalaman aku apply loan, pastu loan kene reject ni memang banyak mengajar aku pasal permainan pihak bank. Apa ciri2 yang bank nak, macam mana nak buat bank yakin kita ni layak (walaupun sebenarnye tak berapa sangat), apa trick2 jumpe banker mase nk pegi apply loan dan macam2 lagi..Alhamdulillah semuanya ilmu yang baru bagi aku..

Aku harap korang sume yang baca ni, boleh ambil pengajaran dari pengalaman aku ni. Tiada apa yang aku nak malu nak share pasal kewangan peribadi aku sendiri. Sememangnya duit/kewangan adalah sesuatu yang peribadi. Demi nak share ilmu ni, so takde hal, kite belajar sama2 ok. :)




No comments:

Post a Comment