24 October 2012

Follow Valuer tengok rumah

ruang dalam..aku dah siap bersih and kemas2
sebelum valuer datang
Minggu ni tiba giliran jurunilai (valuer) pulak buat kerja dia. Untuk korang yang belum tau, sebaik sahaja kita sign letter offer kat bank, bank akan proceed untuk instruct valuer buat kerja dia. Hasil report dari valuer nanti sangat penting untuk menentukan jumlah sebenar pinjaman yang akan di disburse oleh bank. So nak tak nak, aku kene buat baik betul2 dengan valuer ni. ambek hati kene baiikk punyer..hehe..

Sedikit tips dari aku, time valuer ni nak pegi cek rumah tu, kalo boleh korang datang la lebih awal dari dia. Supaya takde la dia pulak yang tunggu korang. Pastu time dia nak evaluate rumah tu, korang cerita benda2 yang baik je pasal rumah tu. Bagitau pasal bermacam2 fasiliti..senang keluar masuk..dekat dengan public transport..dan macam2 lagi. Apa2 saja kecacatan rumah tu pulak, seboleh2 nya mestilah disorok dan jangan la terlebih mulut nak cerita.. lain la kalau dia dah nampak sendiri tak boleh buat ape la..haha..

ni view dari balkoni apartment aku. pool view, siap
panorama bandar Kuantan yg indah. hehe..
Biasanya, valuer akan mintak bayaran pada hari yang dia datang tu. Valuer fee ni biasanya akan cecah dari RM600 ke RM700 jugak la. Hari tu, aku hanya bayar deposit 50% je dan bakinya, aku cakap aku akan bayar bile report dah siap..

Report siap lebih kurang 14 hari jugak dia bagitau..so, tunggu jela.. hope semua ok dan value yang diberi pun sama la macam yang bank offer.. :)


No comments:

Post a Comment