05 September 2012

Kenapa mesti beli rumah under value?

gambar hiasan
Dalam pasaran rumah sekunder (rumah secondhand), seseorang investor sangat menitikberatkan pembelian rumah yang under market value. Kenapa mesti pilih rumah yang under market? jawapan yang paling ringkas adalah supaya kite boleh jimat duit untuk bayar downpayment..

Ada 2 kes senario untuk korang lebih faham.

Katakan dalam sebuah kawasan taman perumahan, semua rumah adalah sama jenis - teres setingkat, dan mempunyai market value yang sama, iaitu RM150,000.


Nak jadi cerita, ada 2 orang yang mahu jual rumah mereka, Pejual A, dan Penjual B.

Kes Penjual A
Market value rumah: RM150k
Harga nak jual: RM150k (sama dengan market value)

Loan bank:
= 90% dari market value RM150k
= RM135k


So kalau kite beli rumah dari Penjual A, kite kene sediakan downpayment lagi 10% iaitu RM15k, untuk melengkapkan proses pembelian.


Kes Penjual B

Market value rumah: RM150k
Harga nak jual: RM140k (rendah drpd market value - mungkin kerana urgent nak jual, perlukan duit segera atas sebab2 peribadi)

Loan bank:
= 90% dari market value RM150k
= RM135k


kat sini kalau korang perasan, beza harga jual (140k) dengan jumlah loan bank (135k) hanya lah RM5k sahaja, so ni jelah duit yang kite kene prepare as downpayment. So kite dah jimat dalam RM10k kat situ..

Harap dengan penerangan ringkas aku ni, korang akan lebih clear sebab ape kite kene kejar property yang under matket value. rumah sekarang ni sume dah mahal2, so kalau ade cara yang jimat untuk memiliki rumah, kenapa taknak buat kan. hehe..



p/s: kalau boleh cari yang harga jual nye jauh lebih rendah dari market value, dengan cara ini, korang mungkin takyah keluar duit lansung untuk downpayment! :)






No comments:

Post a Comment