22 January 2012

Apa Anda Boleh Lakukan dengan RM50,000?

Pernahkah anda terfikir untuk bersara awal? Pernahkah anda bayangkan bagaimana hidup yang anda mahukan pada 10 atau 20 tahun akan datang? Adakah anda mempunyai pelan untuk mencapainya?

Entry kali ni saya nak kongsikan bagaimana dengan mempunyai sebuah pelan yang baik, anda sebenarnya mampu untuk mencapai apa yang anda mahukan dalam hidup. Apa yang anda perlukan adalah sebuah pelan. Ya, hanya sebuah PELAN yang baik!

Jika anda bercakap tentang subjek pelaburan, pelan merupakan perkara yang paling asas. Anda TIDAK membuat pelaburan jika anda tidak mempunyai pelan, walaupun anda merasakan yang anda adalah seorang pelabur. Di dalam sesebuah pelaburan, pelan yang paling simple adalah yang paling baik, percayalah. Anda tidak perlukan sebuah pelan yang panjang dan rumit untuk berjaya. Dalam subjek pelaburan, gunakan formula KISS. keep-it-simple-&-silly.

Sesebuah pelan pula terhasil dengan adanya matlamat. Fikirkan matlamat anda. Sebagai contoh, saya mempunyai matlamat seperti berikut:

  • Bebas Hutang ( kereta, rumah, personal, dll..)
  • Freedom of Time
  • 5 Figure Passive Income
  • Hartanah (20 buah apartment)
  • 10kg Emas
  • 5 Juta Tunai
  • dan sebagainya

Jangan takut untuk mempunyai matlamat2 seperti itu. Jangan sesekali anda mengatakan "aku takkan dapat bende2 macam tu", kerana anda akan membuatkan otak anda mati. Sebaliknya, berkatalah, " bagaimana aku nak dapatkan nya?"

Kerana hanya dari perkataan 'bagaimana', anda sebenarnya telah memberi kuasa kepada otak untuk bekerja dan berfikir tentang segala jalan yang mungkin ada dan seterusnya mencari jalan penyelesaian untuk mencapai matlamat tersebut.

Berbalik kepada subjek entry ini, saya mahu kongsikan bagaimana RM50,000 dapat menjadikan anda seorang jutawan. Rahsianya, hanya dengan sebuah PELAN.

Jika anda mempunyai cash/simpanan sebanyak RM50,000 sebagai dana persaraan, dan anda mempunyai pelan untuk menambah RM5000 setiap tahun (+/-RM400 sebulan),  lihat apa yang bakal terjadi selepas 15 tahun:

Tahun
Jumlah (RM)
1
55k
2
60k
3
65k
4
70k
5
75k
6
80k
7
85k
8
90k
9
95k
10
100k
11
105k
12
110k
13
115k
14
120k
15
125k

Anda bakal mempunyai dana sebanyak RM125,000 selepas 15 tahun.




Apa pula yang akan terjadi jika anda menggunakan simpanan RM50,000 tadi untuk dilaburkan ke dalam sebuah PELAN pelaburan yang menghasilkan pulangan tetap sebanyak 20% setahun, ditambah dengan dana pelaburan sebanyak RM5000 setahun: 


Tahun
Jumlah (RM)
1
65k
2
83k
3
104.6k
4
130.5k
5
161.6k
6
198.9k
7
243.7k
8
297.5k
9
361.9k
10
439.4k
11
532.3k
12
643.7k
13
777.5k
14
937.9k
15
1.13J

Anda telah bergelar JUTAWAN selepas 15 tahun! Dana persaraan anda adalah sebanyak RM1,130,526!! Dan anda boleh menikmati hasilnya pada setiap tahun berikutnya, dengan cara mengambil hanya dividen (20%) setiap hujung tahun, tanpa menggangu dana asal (RM1.13J).

Dengan kata lain, hasil pelaburan anda setiap hujung tahun:

RM1,130,526 x 20% = RM226,105
RM226,105 / 12 = RM18,842  

Nah! Anda telah mempunyai passive income (income goyang kaki) sebanyak RM18,842 setiap bulan. Bukankah anda sudah boleh bersara pada tahap ini? Jika anda berumur 25 tahun sekarang, anda sudah boleh menikmati hidup dengan tenang pada umur 40. Tidak perlu risau tentang KWSP, had umur bersara atau sebagainya. InsyaAllah. Terpulang kepada anda, kerana jawapan ada pada diri anda sendiri. 

Apa yang saya tunjukkan disini hanyalah contoh PELAN pelaburan selama 15 tahun, dengan modal RM50,000. Anda sebenarnya bebas untuk memilih seberapa banyak modal yang anda mahu, dan selama mana anda mahu tunggu sebelum meraih hasil. Apa yang penting, kerjasama anda mempunyai sebuah PELAN!!

Ingat, yang penting adalah PELAN!! :)





No comments:

Post a Comment